Monday, 5 November 2012

Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidal, pepatah, dan sebagainya

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.
Pada hemat saya, dengan menggunakan peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.
Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.
Umumnya, peribahasa masih terus digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga hari ini. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat. Antara beberapa contoh peribahasa termasuklah “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”, “Masa itu emas”, “Ibarat burung, mata lepas badan terkurung”, “Bagai aur dengan tebing”, “Seperti api dalam sekam”, “Seperti anak ayam kehilangan induk”, “Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi”, “Ukur baju pada badan sendiri”, dan “Muafakat Membawa Berkat”.
Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.




PERIBAHASACatatan
A

  1. Adu domba -menyebabkan dua belah pihak berkelahi
  2. Air muka -wajah/maruah
  3. Anak buah -anak buah/orang di bawah jagaan ketua
  4. Ayam Berak Kapur -Rupa pucat kerana menghidap penyakit

B

  1. Bagai aur dengan tebing -bekerjasama
  2. Bagai bulan dipagarkan bintang -seorang wanita yang cantik
  3. Bagai enau di dalam belukar -
  4. Bagai Ikan Pulang Ke Lubuk -Seseorang yang pulang ke tempat asal
  5. Bagai mendukung biawak hidup -menanggung beban yang menyusahkan
  6. Bagai buntal kekenyangan -bodoh dan sombong tetapi bercakap 
  7. Bagai denai gajah lalu -rahsia tidak dapat disembunyikanBagai cicak makan kapur -mendapat malu atas kesalahan yang dilakukan sendiri 
  8. Bagai badak terendam -orang yang gemuk dan malas 
  9. Bagai abu di atas tunggul -keadaan yang tidak tetap dan sentiasa berubah
  10. Bagai dihiris dengan sembilu -pedihnya rasa 
  11. Bagai dakwat dengan kertas -tidak boleh berpisah
  12. Bagai beliung asahan -persahabatan yang sangat 
  13. Bagai berumah di tepi tebing -sentiasa dalam kegelisahan
  14. Bagai anjing buruk kepala -dibenci oleh masyarakat kerana kejahatannya
  15. Bagai ayam mengeram telur -seri muka seorang perempuan
  16. Bagai ayam dimakan tungau -orang yang kurus dan pucat
  17. Bagai itik pulang petang -berjalan lambat
  18. Bagai pinang dibelah dua -pasangan yang serasi
  19. Baik hati -
  20. Berbulan madu -Suasana bahagia selepas berkahwin @ pergi melancong selepas upacara perkahwinan
  21. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian -Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal
  22. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat -
  23. Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga -
  24. Bersatu kita teguh, bercerai roboh -
  25. Bagai mencari belalang di atas akar -

C

D

  1. Dahi licin -perempuan cantik
  2. Di mulut sahaja -bohong
  3. Di tengah terang -sangat jelas

E

  1. Embun jantan -embun yang besar-besar

F

G

  1. Gila-gila bahasa -gila sedikit
  2. Gulung tikar -jatuh dalam perusahaan

H

  1. Hempedu lekat di hati -tidak dapat dpisahkan
  2. Hutang darah -menuntut bela dengan nyawa
  3. Halwa telinga -irama muzik yang indah

I

  1. Intan terpilih -orang yang sangat istimewa

J

  1. Jilah kening -Riang gembira

K

  1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai -
  2. Kerang busuk -tersengih-sengih tanpa sebab

L

  1. Lidah bercabang -percakapan yang sering berubah
  2. Lidah pendeta -kata-kata hikmat
  3. Laksana batik lasam -semakin lama digunakan semakin baik
  4. Laksana wau melawan angin -orang yang lemah berlawan orang yang berkuasa
  5. Lembut gigi daripada lidah -Kata-kata yang begitu lembut
  6. Lembu punya susu, sapi dapat nama -Orang lain berusaha, orang lain mendapat nama
  7. Laksana daun keladi dimandikan -tidak mempunyai kesan
  8. Laksana mencari sungai tiada berhulu -Berpenat lelah dengan sia-sia sahaja
  9. Laksana mengajar anak harimau -Mengajar anak orang yang terpelajar, lekas pandai
  10. Laksana wau melawan angin. -Perbuatan yang sia-sia.

M

  1. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya -Melatih anak biar daripada kecil
  2. Melepaskan pucuk masing-masing -
  3. Minyak setitik di laut timbul juga -
  4. Makan angkat -orang yang suka dipuji
  5. Mata petai -tidak dapat melihat dengan jelas
  6. Muka tembok -tidak tahu malu
  7. Meniup api di atas air -

N

O

P

R

  1. Raja sehari -pengantin

S

  1. Seperti sampah hanyut -melarat dan miskin
  2. Seperti pacat kenyang -lepas makan di rumah orang, terus pergi
  3. Seperti ikan dalam belat -terlalu sesak
  4. Seperti gunting dalam lipatan -membuat jahat atu membinasakan kawan dalam senyap
  5. Seperti duduk dalam duri -resah gelisah
  6. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain -
  7. Samar muka -Awal pagi ataupun lewat senja
  8. Seperti kera dengan monyet -serupa sahaja
  9. Seperti kera kena belacan -gelisah
  10. Seperti kunyit dengan kapur -mudah nesra
  11. Seperti mayat -terlalu pucat
  12. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna -Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal

T

  1. Tikam dari belakang -Belot
  2. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga -
  3. Umpana kiambang di air, akar tidak jejak di bumi -Tidak tetap pada suatu tempat.
  4. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan -
  5. Teluk rantau -daerah di sekeliling
  6. Telinga nipis -cepat marah
  7. Tanda mata -hadiah untuk kenangan

U

  1. Umpama bunga, sedap dipakai, lalu dibuang -disayang waktu masih cantik sahaja
  2. Umpama pisau di tangan kanan,timun di tangan kiri -lemah dan tidak terdaya melawan orang berkuasa
  3. Umpama hendak menepung tidak berberas -membuat kerja tidak cukup syarat
  4. Umpama jari di tangan ada cincin –nasib seseorang itu tidak serupa

W

  1. Wang muka -wang pendahuluan

1 comment:

  1. wah bagus sungguh nih cikgu. terima kasih. banyak yang dapat saya belajar nih.

    ReplyDelete